1924.

[10/18, 9:12 PM] +60 13-980 5162: Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji pada tahun 1924. Antara catatan beliau yang menarik adalah seperti berikut:-

• Kos menunaikan haji sekitar 500 hingga 600 Ringgit Malaya.

• Jemaah haji akan bertolak / mula belayar pada bulan Rejab iaitu lima bulan sebelum bulan Haji (Zulhijjah)

• Sebelum berangkat menunaikan haji, kenduri doa selamat akan diadakan oleh orang yang ingin menunaikan haji.

• Ada dua pelabuhan untuk berangkat ke Mekah iaitu Singapura dan Pulau Pinang

• Pelayaran dari Tanah Melayu ke Mekah mengambil masa antara 13 hingga 17 hari.

• Sebelum kapal sampai ke pelabuhan Jeddah, kapal akan singgah di Pulau Camaran yang terletak sekitar 500 batu dari pelabuhan Jeddah terlebih dahulu untuk dikuarantinkan. Semua jemaah mesti mandi dengan air garam dan mereka mesti mencuci pakaian mereka dengan wap pembasmi kuman.

• Kapal laut hanya akan berlabuh sekitar 5 batu dari pelabuhan kerana pelabuhan Jeddah banyak batu karang.

• Dari kapal laut, jemaah haji akan menaiki perahu Arab yang dinamakan sebagai Dhow bersama semua barangan mereka menuju ke pelantar pelabuhan Jeddah.

• Jemaah haji akan dipimpin oleh seseorang yang dinamakan sebagai Syeikh Haji yang mana bertindak sebagai mutawif dan pembimbing.

• Sampai di pelabuhan, barangan mereka akan diperiksa oleh kastam dan seterusnya mereka akan membawa barang mereka ke atas kereta keldai lalu di bawa ke rumah tumpangan yang telah disediakan.

• Kota Jeddah kotor, berdebu dan sempit serta banyak nyamuk dan lalat.

• Di situ ada telaga besar sebagai sumber air dan air di Jeddah tidak sebaik air di kampung-kampung Melayu.

• Jemaah haji tidak boleh tinggal di Jeddah lebih dari dua hari.

• Sebelum bertolak ke Mekah, jemah haji telah siap memakai ihram. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa dua hari dengan menaiki unta. Seekor unta dinaiki oleh dua orang jemaah.

• Jemaah haji Tanah Melayu akan singgah bermalam di sebuah tempat yang bernama Bahra. Di sini terdapat orang-orang Arab Badwi yang menjual kayu api. Setiap jemaah akan memasak sendiri nasi dan lauk yang mereka bawa dari tanah air

• Masalah besar yang dihadapi oleh jemaah haji Tanah Melayu ialah bekalan air mereka sering dicuri oleh orang Arab ketika mereka bermalam. Ini menyebabkan mereka kehausan dalam perjalanan ke Mekah.

• Apabila sampai di Mekah, mereka akan menunaikan umrah terlebih dahulu yang dinamakan di kalangan orang Melayu sebagai ‘haji kecil’.

• Sumber air di Mekah jauh lebih bersih dari Jeddah kerana terdapat air yang dialirkan dari pergunungan Taif ke Mekah melalui terusan Zubaidah.

• Di sekeliling Kaabah, terdapat empat buah pondok iaitu tempat imam-imam bagi keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

• Pada satu dan dua Ramadan, jemaah haji Tanah Melayu akan berangkat ke Madinah bagi menziarahi masjid dan makam Nabi SAW.

• Selepas menunaikan tawaf wida’, jemaah haji Tanah Melayu akan menaiki unta untuk menuju ke Madinah.
Perjalanan ke Madinah mengambil masa 13 malam.

• Jalan dari Mekah ke Madinah ada dua yang pertama dinamakan sebagai Jalan Sultan dan yang kedua dinamakan sebagai Jalan Ghir.

• Jika jemaah haji melalui Jalan Sultan, maka mereka akan singgah di 11 buah perhentian untuk berehat iaitu Wadi Fatimah, Asfan, Dof, Qadimah, Rabigh, Mastura, Bir Syaikh, Bir Hassan, Bir Khalas, Bir Abbas dan Bir Darwish.

• Jemaah haji hanya akan melakukan perjalanan pada waktu malam kerana mengelak cuaca yang panas. Perjalanan setiap hari bermula sekitar pukul 4 petang dan singgah berhenti pada pukul 4 pagi.

• Sepanjang dalam perjalanan, jemaah haji tidak dibenarkan mengambil air telaga kerana telaga-telaga adalah milik puak-puak Arab Badwi. Maka mereka terpaksa membeli air-air yang dijual oleh Arab Badwi yang mana air-air itu dibawa dengan bekas kulit kambing.

• Walau bagaimanapun, di Wadi Fatimah terdapat saluran air semulajadi. Maka di sinilah rombongan jemaah haji berpeluang untuk mandi dan membasuh baju dengan percuma.

• Disebabkan perjalanan dilakukan pada waktu malam, rombongan jemaah haji terdedah dengan bahaya rompakan dan peras ugut dari puak-puak Badwi. Ramai jemah haji yang dirompak dan diperas ugut. Ada yang ditahan selama beberapa hari yang menyebabkan mereka tiba di Madinah lebih dari 13 malam. Malah ada yang dibunuh.

• Jemaah haji penulis sendiri ditahan di Bir Abbas selama 9 hari.

• Semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah, perkara ini tidak berlaku kerana setiap rombongan jemaah haji akan diiringi oleh tentera-tentera Uthmaniyah.

Ada banyak lagi catatan yang menarik yang dikongsikan oleh Haji Abdul Majid terutamanya tentang peristiwa haji. Setakat ini dulu perkongsian saya buat kali ini. Jika ada waktu, saya akan kongsikan lanjutan catatan kisah mengerjakan haji oleh Haji Abdul Majid ini. Betapa mujahadahnya nenek moyang kita dulu mengerjakan haji. Itu belum lagi diceritakan tentang kesusahan semasa dalam pelayaran sehingga menyebabkan ramai yang meninggal dunia.

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam.
[10/18, 9:17 PM] Hj Ah Tze Tze 🙂🙂🙂: السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Sudah tidak perlu disangsikan lagi bahawa apabila hak-hak kekeluargaan itu mesti dipenuhi. Maka itu, adalah yang lebih utama dan lebih istimewa di antaranya ialah hak-hak kepada orang yang lebih mahram dan yang terdekat di antara golongan mahram itu ialah hak-hak orang tua terhadap anaknya dan anak terhadap orang tuanya. Hal ini antara hak-hak yang sangat perlu dipenuhi.

بر أمك واباك وأختك وأخاك ثم ادناك فادناك

“Berbaktilah kepada ibumu, ayahmu, saudara perempuan dan saudara lelakimu, kemudian yang terdekat dan yang terdekat”.
(Hadith Riwayat Nasa’i, Ahmad & Al-Hakim)

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيٰنِيْ صَغِيْرًا

“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
(Al-Isra’: 24)

Keredaan Allah dan keredaan ibubapa…

عَنْ عَبْدُ الله بن عَمْرٍو رضي الله عنهما قال قال رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: رِضَى اللهُ فى رِضَى الوَالِدَيْنِ و سَخَطُ الله فى سَخَطُ الوَالِدَيْنِ

Dari Abdullah bin ‘Amrin bin Ash RA. ia berkata, Nabi SAW telah bersabda: “Keredaan Allah itu terletak pada keredaan kedua ibubapa, dan murka Allah itu terletak pada murka kedua ibubapa”.
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Imam Al Ghazali menyebutkan, termasuk adab anak kepada kedua ibubapanya ialah mendengarkan perkataannya, mentaati perintahnya, tidak berjalan di hadapannya, tidak meninggikan suara di sisinya, serta berusaha untuk mendapatkan keredaannya.
(Faidh Al Qadir)

Berbakti kepada kedua orang tua sering kali disebutkan dalam Al-Quran, bahkan digandingkan dengan tuntunan menyembah Allah. Hal ini menunjukan bahawa berbakti kepada kedua ibubapa adalah wajib.

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
(Al-Isra: 23)

Ada seseorang bertanya kepada Nabi SAW, “Ya Rasulullah! Adakah masih diwajibkan atas diri saya untuk berbakti kepada kedua-dua orang tua saya yang dapat saya lakukan setelah keduanya meninggal dunia?” Baginda SAW lalu menjawab:

نعم، الصلاة عليهما والاستغفار لهما وإنفاذ عهدهما من بعدهما وصلة الرحم التي لا توصل إلا بهما وإكرم صديقهما

“Ya! Ada, iaitu memohon kerahmatan kepada kedua-dua mereka dan memohon pengampunan untuk kedua-dua mereka, melaksanakan janji-janji kedua-dua mereka, memuliakan sahabat kedua-dua mereka serta menghubungi keluarga yang tidak dapat dihubungi melainkan dengan kedua orang tua itu”.
(Hadith Riwayat Abu Daud & Ibnu Majah)

وَوَصَّيْنَا الْاِنْسٰنَ بِوَالِدَيْهِ ۚ حَمَلَتْهُ اُمُّهٗ وَهْنًا عَلٰى وَهْنٍ وَّفِصٰلُهٗ فِيْ عَامَيْنِ اَنِ اشْكُرْ لِيْ وَلِـوَالِدَيْكَ ؕ اِلَيَّ الْمَصِيْرُ

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”
(Luqman: 14)

إن من ابر البر أن يصل الرجل اهل ودابيه بعدان يولى الأب

“Sesungguhnya sebaik-baik kebaktian ialah apabila seseorang itu suka menghubungi yang dicintai oleh ayahnya itu meninggal dunia”.
(Hadith Riwayat Muslim)

Dalam hadith lain, Rasulullah SAW menyebutkan:

رحم الله والدا أعان ولده على بره

“Allah SWT merahmati seorang ayah yang menolong anaknya untuk tetap berbakti kepadanya”.
(Hadith Riwayat Ibnu Hibban)

Maksudnya ialah, seorang ayah tidak memperlakukan anaknya itu sehingga akan memyebabkan anaknya berani melawannya dan berkelakuan buruk terhadapnya.

ساو وابين اولادكم فى العطية

“Persamakanlah antara anak-anakmu dalam pemberian”.
(Hadith Riwayat At-Thabrani)

من حق الوالد على الولد ان يحسن ادبه ويحسن اسمه

“Salah satu daripada hak-hak anak atas orang tuanya ialah supaya orang tuanya mendidiknya dengan budi pekerti serta memperindah namanya”.
(Hadith Riwayat Al-Baihaqi)

Kata Ibnu Jauzi, “Aku melihat anak-anak muda dizamanku tidak lagi memperdulikan tentang tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa. Mereka tidak melihat itu sebagai kewajipan agama. Hendaklah anak yang berbakti kepada orang tua itu tahu bahawa apa sahaja kebaikan yang pernah dilakukan terhadap ibubapanya adalah masih belum mampu mencapai tahap terima kami kepada keduanya.

Hendaklah anak-anak yang berbakti pada orang tuanya itu sedar diri. Sebanyak mana kebaikkan yang dilakukannya, sebanyak mana wang yang diberikan kepada orang tuanya namun masih belum mampu membalas susah payah ibu dan ayah mereka membesarkan mereka meskipun mereka pula sudah menjadi ibu dan ayah pada anak-anak mereka.

Maka hadiah terindah buat mereka adalah sentiasa meletakkan dirimu dan zuriatmu dalam kebaikkan dan amal soleh. Istiqomahlah. Mudah-mudahan dari kebaikkan tersebut membuah lebih banyak perkara-perkara baik yang menjadi pahala buat mereka bahkan pahala jariah sekiranya mereka sudah tiada.

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ

“Tuhanku! ampunilah Aku, ibu bapaku.”
(Nuh: 28)

وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

“Dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sejak waktu kecil”.
(Al Isra: 24)

Justeru, berbaktilah dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua kita selagi mereka hidup atau yang telah meninggal dunia, doakanlah mereka…

~ Abu Imtiyaz ~

Sekali.

MENIPU TAK BOLEH SEKALI, SEKALI MENIPU KENA TERUS-TERUSAN MENIPU.

Tau tak apa yang aku maksudkan?

Ali: Apa?

Aku: MENIPU TAK BOLEH SEKALI, SEKALI MENIPU KENA TERUS-TERUSAN MENIPU

Maksudnya kalau sekali kita menipu, maka jika disoal, kita kena selamatkan tipu itu dengan tipu yang lain. Maka terpaksa direka-reka dengan tipu yang seterusnya.

Ali: Tak faham la. Contoh?

Aku: Dulu kerajaan PH tipu kata kerajaan BN di bawah Najib dah bankrup. Dah tak ada duit. Duit kerajaan tinggal RM480 juta sahaja. Tak cukup pun nak bayar sebulan gaji kakitangan kerajaan.

Untuk meyakinkan rakyat, PH kena tanam sentimen kebencian terhadap Najib. PH tipu lagi yang kononnya kerajaan PH tak mampu bantu rakyat. Kata mereka, dah kira cukup baik kerana kerajaan sanggup berikan RM30 pada anak muda.

Kemudian PH tipu lagi kononnya kerajaan terpaksa buat pinjaman dari kerajaan Jepun, untuk menunjukkan kononnya kerajaan benar-benar tak ada duit.

PH tipu rakyat lagi, dia lancarkan Tabung Harapan yang kononnya rakyat kena derma untuk bantu kerajaan, sampai guru-guru sekolah sanggup usung tabung tadah pada murid-murid.

Tak cukup dengan itu PH jual aset-aset kerajaan, konon aset-aset tu liabiliti dan kebetulan kerajaan begitu sangat perlukan wang.

PH hentikan bantuan pada para petani, nelayan, peladang dan lain-lain kerana kononnya kerajaan dah tak ada duit.

PH suruh pula rakyat ikat perut.

Begitulah seterusnya. Sekali mereka menipu, maka mereka terpaksa terus-terusan menipu untuk meyakinkan yang kononnya kerajaan yang mereka warisi dari BN sangat tenat.

Ali: Pada mulanya, kenapa PH mesti menipu?

Aku: Macam aku kata tadi, mulanya mereka nak rakyat percaya yang kononnya DS Najib mencuri dan merompak duit rakyat. Mereka nak rakyat percaya bahawa kerajaan sudah tidak mampu bertahan dan akan bankrup kerana Najib. Jadi rakyat akan percaya bahawa Najib adalah penjenayah.

Padahal apabila Perikatan Nasional mengambil-alih kerajaan, Menteri Kewangannya mengatakan bahawa kewangan negara sangat kukuh, ada RM2.3 trillion dalam simpanan.

Ali: Kenapa kerajaan PH memilih untuk menipu rakyat sedangkan masa tu mereka dah pun menang, dah dapat kerajaan?

Aku: Jika mereka tidak menipu, maka sia-sia sajalah segala pertuduhan terhadap Najib. Kalau kerajaan PH berkata bahawa kewangan di Perbendaharaan Negara kukuh, maka segala pertuduhan terhadap Najib yang kononnya dia mencuri dan merompak adalah tidak benar. Maka mereka akan tewas di mahkamah nanti. Rakyat juga akan ‘menghentam’ kerajaan PH kerana menfitnah Najib.

Ali: Patutlah mereka selalu salah titik perpuluhan. Tapi kenapa masih ada lagi rakyat yang masih mahu menuduh Najib perompak?

Aku: Bila hati mereka sudah hitam, kita tidak dapat lakukan apa-apa. Biarlah mereka.

Ali: Mengapa hari tu mahkamah sabitkan Najib bersalah?

Aku: Sebagaimana yang aku katakan tadi, mereka tiada pilihan selain dari menuduh Najib bersalah sedangkan kita maklum bahawa perbicaraan agak berat sebelah. Saksi-saksi utama seperti Jho Low, Nik Faizal, Eric Tan, Jasmine Loo, Terence Geh dan Casey Tang tidak dipanggil memberi keterangan. Hakim pula ditukar di ketika perbicaraan sedang berjalan.

Ali: Memang sial PH ni.

Aku: Tau tak pa.

RAJA ANNUAR ADNAN
12 October 2020

Sedekah.

Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahwa sedekah nya itu sampai kpd Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahinya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.
.
Adakah kamu tahu antara kebaikan² sedekah itu ?
.
Rujukan dari hadits²…
.

  1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT.
    .
  2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang.
    .
  3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi api neraka jahanam.
    .
  4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur.
    .
  5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang² yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut.
    .
  6. Sedekah mampu mensucikan ruh dan menambah pahala kebaikan.
    .
  7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT.
    .
  8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat kita sengsara disebabkan masa lampau kita.
    .
  9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa² yang telah dibuat.
    .
  10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada kita.
    .
  11. Orang² yang memberi sedekah ialah orang² yang baik dan siapapun yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.
    .
  12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT In Syaa Allah.
    .
  13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang² yang disayang oleh masyarakat.
    .
  14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia.
    .
  15. Sedekah mampu melepaskan kita drpd kesusahan dan doa² akan dimakbulkan Allah SWT In Syaa Allah.
    .
  16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia.
    .
    17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang dan insyaAllah memberi kejayaan hidup.
    .
  17. Sedekah adalah ubat.
    .
    19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas &
    .
  18. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang² atau burung².
    .
    Yang terakhir sekali…..
    .
    Sedekah yang paling baik adalah jika anda membagikan pesan yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah…

kerana itu hanya dengan cara men-share tulisan ini kita akan mendapat bahagian pahala sedekah,
Jika yg membaca tulisan ini tergerak hatinya untuk ber- sedekah
.
Mari share sebanyak-banyaknya kpd group keluarga, famili, teman kerja, teman sekolah, tetangga dll…
.

salamsedekah🤝

Sejarah.

Sejarah lama.jangan di lupakan :

Kisah Sejarah Malaysia yang digelapkan dari pengetahuan umum…

KISAH PEMBINAAN LEBUH RAYA PERCUMA arwah TUN RAZAK

Bagaimana usaha arwah Tun Razak merakyatkan sumber ekonomi untuk membangunkan prasarana infrastruktur dari rakyat untuk rakyat dikhianati oleh mantan PM Dr M (yang malangnya didewa dewakan oleh generasi baru yang tidak prihatin sejarah sendiri)…

  1. Arwah Tun Razak merupakan seorang perdana menteri yang sangat JUJUR dan AMANAH dalam melaksanakan pembangunan negara. Dalam mana mana program pembangunan yang direncanakan, motivasi membantu rakyat adalah menjadi keutamaan.
  2. Dalam artikel ini, sy mahu kupaskan satu sektor sahaja iaitu peranan terpenting arwah Tun Razak membentuk sistem Prasarana Infrastruktur Jalan Raya Lebuh Raya Malaysia yang PERCUMA dan ditanggung sepenuhnya oleh wang cukai yang dikutip dari rakyat.
  3. Dibawah pemerintahan Tun Razak ini JKR ataupun sikronim Jabatan Kerja Raya menjadi senjata utama dalam program pembinaan sistem jalan raya yang menghubungkan seluruh negara secara PERCUMA. Fungsi utama JKR adalah membina infrastruktur negara selepas merdeka. Kebanyakan adalah pembinaan dan penyeliaan sistem jalan raya diseluruh Malaysia.
  4. Pada tahun 1967 satu sejarah telah dicipta oleh JKR ini. Pembinaan projek lebuhraya gergasi sepanjang 123KM menembusi hutan banat antara Perak ke Kelantan telah dirancang hanya menggunakan kepakaran tempatan dengan kos minima dari wang dana kerajaan sendiri.
  5. Projek tersebut dinamakan Jalan Raya Timur Barat (JLTB) bernilai RM205 Juta (sangat tinggi nilai pada zaman 70an dahulu). Berjaya disiapkan pada tahun 1982, 12 tahun tempoh masa pembinaan diambil mengambil kira kelewatan akibat ancaman dari pengganas Komunis pada masa itu. Jika tiada ancaman Komunis kemungkinan lebih awal projek itu berjaya disiapkan.
  6. JLTB menjadi satu satunya projek pembinaan mega Lebuh Raya oleh Kerajaan tanpa tolgates dan adalah PERCUMA sehingga sekarang ini. Selenggaraan setiap tahun oleh JKR tanpa sebarang masalah, dengan kualiti jalan terbaik sepanjang masa.
  7. Pada tahun 1977 kerajaan dibawah pemerintahan Tun Hussien Onn meneruskan legasi direncanakan oleh arwah Tun Razak untuk membina rangkaian PERCUMA Sistem Lebuh Raya menghubungkan Utara hingga ke Selatan Semenanjung Malaysia. Projek ini sudah lama dalam perancangan Tun Razak dahulu namun mengalami kelewatan akibat masalah ancaman getir Komunis di negeri Perak masa itu.
  8. Projek dinamakan PLUS – Projek Lebuhraya Utara Selatan dilaksanakan pada tahun 1977. Satu Konsortium Nasional ditubuhkan iaitu Lembaga LebuhRaya Malaysia (LLM) atau Malaysia Highway Authority untuk menjalankan perancangan dan pembinaan PLUS ini.
  9. Kehancuran pergerakan Komunis akhir 70an memberikan kesan positif kepada program pembangunan negara. Kawasan2 hitam berjaya dibersihkan.
  10. Projek berjalan lancar tanpa masalah sehinggalah Dr M menggantikan Tun Hussien Onn sebagai perdana menteri pada tahun 1981.
  11. Antara 1980 sehingga 1985, LLM berjaya menyiapkan beberapa blok fasa pembinaan lebuhraya dengan jarak 366KM atau pun 41% daripada jumlah keseluruhan PLUS iaitu 823KM yang dirancang menggunakan dana kerajaan sebanyak RM3.2 BILION pada masa itu, Lebuhraya Penuh TANPA TOL dengan PERCUMA untuk rakyat. Semua kos ditanggung beres dari kantung kerajaan tanpa penglibatan pihak swasta.
  12. Pada tahun 1986, Dr M mula gila melaksanakan idea gila program Penswastaan Negara. Hampir segala gala yang sebelum ini hak mutlak rakyat dibawah operasi kerajaan mula didagang jual kepada pemodal asing.
  13. Tragedi PLUS pun berlaku pada tahun 1986. Entah apa yang merasuk Dr M, pegangan kerajaan dan LLM didalam PLUS dijual kepada proksi kroni Dr M iaitu Halim Saad yang mengetuai syarikat swasta UEM. Padahal mengikut perancangan asal oleh Tun Razak dan Tun Hussien Onn adalah tidak akan sekali kali membenarkan kemasukan pemodal luar kerana ini adalah projek dari kerajaan untuk rakyat.

Part 1 (continue)

  1. UEM pun akhirnya menguasai projek PLUS tersebut. Walaupun mendapat bantahan ramai rakyat pada masa itu kerana UEM dianugerahkan konsesi yang panjang tidak masuk akal.
  2. Walaupun 366KM dari keseluruhan 823KM pembinaan yang siap menggunakan wang dana kerajaan sendiri, UEM tidak membayar satu sen pun duit mereka untuk membayar semula kos yang telah pun dikeluarkan oleh kerajaan sebelum ini.
  3. Dan paling menyeksakan idea asal Lebuhraya PERCUMA untuk rakyat telah digadaikan Dr M. Halim Saad melalui UEM mengaut berbilion untung atas angin kerana sistem konsesi beray sebelah yang tidak berkesudahan. Terma tamat tempoh 30 sudahpun tamat namun disambung semula untuk 25 tahun lagi. Dengan kata lain PLUS adalah cash cow kepada Dr M dan proksi mereka.
  4. Dan apa yang paling mengecewakan, pihak swasta ini dibenarkan mengutip hasil tol yang dibina dari wang dana kerajaan sendiri pada mulanya. Mereka hanya menyiapkan baki 500KM sahaja selepas itu. Satu kerja atas angin kerana mereka UEM itu menyiapkan PLUS 2 tahun lebih lewat dari tarikh penyerahan, dengan kos yang melampau naik sehinga 70% dari kos estimated yang digubal oleh Tun Razak dan Tun Hussien Onn sebelum ini.
  5. Dr M malah memberikan kemudahan kredit RM3.5 bilion lagi kepada UEM walaupun operasi asal yang dirancang Tun Razak dahulu hanyalah 100% dana hasil kerajaan untuk pembinaan lebuh raya PERCUMA untuk rakyat sepanjang 800KM tersebut.
  6. Terima kasih atas usaha keji Dr M dan kroni proksinya, sehingga kini kutipan PLUS yang berjumlah RM2 Bilion setahun dan terus meningkat tidak nampak jalan untuk menamatkan kutipan tol tersebut…
  7. Persoalan pentingnya dimanakah hasil berpuluh bilion kutipan tol selamna berpuluh tahun ini pergi?…
  8. Lebih parah, setiap 3 tahun PLUS berhak menaikkan 10% kutipan tolnya mengikut perjanjian mistik yang keji antara Dr M dan Halim Saad berpuluh tahun lepas… Jika tiada kenaikan boleh pulak Kerajaan dipaksa untuk membayar ‘PAMPASAN’, sesuatu yang sangat tak masuk akal…
  9. Sistem pembinaan jalan bertol di Malaysia ini adalah salah satu legasi Dr M yang tidak dapat dimaafkan selama lamanya. Di Lembah Klang sangat tak masuk akal sistem serupa digunakan, dengan berpuluh konsesi lebuh raya menyedut duit hasil titik peluh rakyat setiap masa…
  10. Panjang lagi kisah ni cuma sy pendekkan bagi pembaca mudah hadam.
  11. Sape yg bengang bayar tol setiap hari mohon sila tag kawan atau share suruh bace ni… dan tanya balik kenapa negara Malaysia masa baru nak bangun tahun 60-70an masih miskin dgn sumber yg tak banyak akan tetapi masih mampu membina jaringan Lebuh Raya dan infra Jalanraya PERCUMA seluruh Malaysia dengan dibiayai dan dibina sepenuhnya oleh kerajaan dan agensi JKR ni…
  12. Tetapi bila Malaysia jd maju kaya bawah DrM keadaan menjadi terbalik. Segala diswastakan dan dicaj tol kutip hasil titik peluh rakyat… Kat mana logiknya?… Nampak sgt DrM ni TIDAK AMANAH uruskan sumber negara…

Part 2 (end)

info #fakta #link

Biar Anak cucu Tahu sejarah Malaysia ni, ada sikitol moden jadi Perompak / Pengkhianat Negara Ku Malaysia.

RBA.

Satu2 nya parti politik yg upah ramai sibertroopers ada lah DAP.

DAP sgt bergantung pd gutter politic kerana mereka tidak perjuangkan rakyat selain agenda parti mereka shj.

Politik di Malaysia di penuhi dgn isu remeh temeh kerana sibertroopers DAP sondol apa shj yg boleh dtgkn kebencian.

Isu kecil dan remote akn di perbesarkn olh tentera kacang DAP seolah olah isu itu ada lah hidup mati.

Jika negara China mengguna kn anggota tentera sbagai sibertroopers DAP pula guna rakyat biasa.

Tentera kacang DAP pula guna kaedah serang dn pembuka isu.

Mereka tidak akn cuba pertahankn serangan kerana mereka tahu serangan ada lah tulin dan benar.

Isu My Kad, rasuah terowong, 218 juta lesap dan LTTE pun mereka tidak akn cuba pertahan sebalik nya mereka cipta isu utk divert serangan.

DAP naik jd kerajaan bukan sb bnyk berbakti tp sb fitnah.

DAP sama seperti Tun M dan parti PH lain naik ats cerita keburukn pihak lain dn bukan ats sebab kebaikn sendiri.

kebaikn sendiri hampir Zero.

Itu sb Tiap jawapan Tun M di selitkn nama Najib bertujuan suruh yg dengar tumpu kpd Najib.

Dari mana DAP dapat dana itu yg perlu kita tahu.

Puak kita sepatut nya tidak layan sgt soalan dn posting sitro kacang sebalik nya permain main kn posting itu utk perbodoh bodoh kn tentera kacang supaya dia tertekan.