Monthly Archives: Nov 2020
Watch “Assalamalaikum.” on YouTube
Naga mata sepet. – Semua yang hidup akan mati. Alhamdullilah.
Watch “Xsogo.” on YouTube
Adun Ketari.
*Polis siasat ADUN Ketari langgar SOP PKPB*
Oleh Faris Fuad
faris.fuad@bh.com.my
November 10, 2020 @ 7:54pm
KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata setakat ini, pihaknya menerima dua laporan membabitkan tindakan Young Syefura ingkar arahan PKPB dengan berkelah bersama beberapa rakannya di sebuah pantai, dekat Sepang.
“Seorang lelaki membuat laporan polis jam 6.50 petang semalam, selepas melihat beberapa gambar dimuat naik oleh seorang individu menggunakan nama Young Syefura atau nama sebenarnya Young Syefura Othman di Twitter.
“Pengadu terus melihat Instagram Young Syefura dan mendapati ada sembilan gambar yang baru sahaja dimuat naik, di lokasi berhampiran dengan Avani Sepang Goldcoast Resort, dipercayai di Pantai Bagan Lalang.
“Gambar itu memaparkan beliau dan rakan-rakannya sedang berkelah di tepi pantai secara berkumpulan tanpa mematuhi SOP PKPB,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Fadzil berkata, pengadu turut memaklumkan Selangor antara negeri dikenakan PKPB yang mana tidak membenarkan aktiviti seperti berkelah.
“Lelaki itu mengatakan kejadian membabitkan ahli politik ini bukan kali yang pertama dan ia berulang hinggakan rakyat marah,” katanya.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Sebelum ini, ADUN dari DAP itu memohon maaf selepas beliau dikatakan melanggar SOP PKPB.
Young Syefura dilaporkan membuat permohonan maaf itu susulan satu gambarnya di Instagram yang menunjukkan beliau menyambut majlis ulang tahun kelahiran di satu lokasi di Selangor tanpa memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.
Bagaimanapun, gambar di Instagram beliau bersama empat rakannya yang mendapat kecaman netizen sejak kelmarin, sudah dipadamkan.
Young Syefura antara pemimpin yang lantang mengkritik Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, yang dikatakan sengaja melanggar arahan kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari Turki.
Khairuddin sudah dikompaun RM1,000 kerana melanggar SOP kuarantin.
#kongsiinfo✍️
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/752719/polis-siasat-adun-ketari-langgar-sop-pkpb

